Friday, September 19, 2008

MB Trengganu sokong ISA

Seperti biasa routine harian saya ialah pagi-pagi lagi mencari berita-berita mutakhir dilaman akhbar tentang suasana politik yang semakin gawat dinegara ini.Dan pagi ini tertera diruang akhbar SINAR ,dimuka N6 yang mengatakan MB Trengganu menyokong sekiraanya Sdr.Anwar Ibrahim ditahan dibawah ISA.Saya tidak dapat tahan mengurut dada bagaimana sedih seorang lagi hamba Allah yang mengaku beragama Islam dan beriman kepada Allah dan RasulNya menyokong saudara seagamanya dipenjarakaan tanpa pengadilan dimahkamah terlebih dahulu.

MB,Cuba renungkan maksud ayat Al Quran ini "Janganlah kebencian kamu kepada suatu kaum itu membuatkan kamu tidak berlaku adil,berlaku adillah kamu kerana ia lebih hampir kepada taqwa"Saya belum pernah berjumpa satu ayat al Quran atau hadis Nabi yang menghalalkan memenjarakan seseorang tanpa melalui proses pengadilan dimahkamah.Mungkin MB boleh maklumkan kepada rakyat Malaysia,khususnya yang beragama Islam,jika MB telah bertemu dengan nas berkenaan.

Pernahkaan MB fikirkan sendainya suatu hari kelak pehak berkuasa menangkaap MB,isteri,anak-anak atau saudara mara dan kaum keluarga , didakwa ata s Akta ASA,ditahan dan dipenjara tanpa sebarang peluang mempertahankan diri di mahkamah?Bagaimana fikiran dan perasaan saudara pada masa itu? Adakah MB rasakan itu suatu tindakan yang ADIL atau ZALIM dan MB bahgia dan bersyukur?. Atau MB mengangkat tangan mohon............dari Tuhan?Tepuk dada tanya iman .Jangan tanya perut !!!!

Jangan amalkan perangai Yahudi seperti yang terdapat didalam hadis yang bermaksud "Apabila menimbang untuk dirinya diberatkannya,dan apabila menimbang untuk orang lain direngankannya.

.Dunia ini hanya sementara dan hidup ini sangat sengkat seperti maksud hadis " Umur umatku diantara 60 hingga 70 tahun,sedikit sekali yang melebihi 70 tahun.Berapakah umur MB sekarang?. Renung-renungkanlah wahai MB.

No comments: