Friday, September 19, 2008

Layakkah Pak Lah Terus Memimpin Negara?

Pelik tetapi benar! Perdana Menteri telah menolak permintaan Sdr.Anwar Ibrahim,atas kedudukkan beliau sebagai Ketua Pembangkang,untuk bertemu dan berbincang mengenai situasi semasa Negara,demi kebaikkan negara.Alasan yang diberi beliau" tidak perlu".

Bayangkan seorang PM enggan berbincang mengenai kepentingan negara dengaan Ketua Pembangkang yang bererti beliau enggan menerima pandangan mereka yang tidak berada didalam kumpulan beliau sendiri .Beliau bolehlah disifatkan sebagai bermentaliti "Katak dibawah tempurung" serta bangang tak boleh diajar dan cerdik tak boleh diikut.Tidak heranlah Sdr Zaid Ibrahim terpaksa meletakkan jawatan , setelah berusaha membawa perubahan sejak 5 bulan yang lalu

Pada hemat saya.dia tidak akan berubah sesuai dengan maksud Al Quran' Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehinggalah dia berusaha mengubah nasibnya terlebih dahulu" atau dalam peribahasa Inggeris "A man will not change unless he feels the need for the change".

Dan buat masa ini saya percaya beliau akan terus bagitu kerana beliau merasa selesa berada didalam "comfort zone".Apa tidaknya walaupun setelah kalah teruk didalam PR12 dan pukulan maut di Permatang Pauh beliau masih tersengeh-sengeh dikaca TV mengatakan BN masih kuat dan UMNO masih mendapat sokongan kuat dari orang Melayu...bla....bla...bla.Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.

Tidak heranlah setelah 5 tahun memerentah tiada apa-apa kemajuan dan perubahan yang berlakau dinegara ini.Cuma perubahan yang jelas berlaku hanyalah,lebih banyak kes rogol,lebih banyak kanak-kanak diculik,lebih banyak anak haram ditinggalkan di tandas dan tong sampah lebih ramai penagih dadah,lebih teruk kes rasuah

Pak Lah ,cubalah muhasabah diri bagaimana hendak menjawab soalan Tuhan diakhirat kelak tentang kepimpinan Pak Lah sebagaiman tuntutan maksud hadis ini" Setiap orang adalah pemimpin dan ia akan disoal akan kepimpinannya kelak........."Atau adakah Pak Lah terkumpul dalam jenis yanag dimaksudkan dalam hadis ini "Apabila jawatan itu diberi kepada yang bukan ahlinya,tunggulah kehancurannya'.Jika Pak Lah sedar,maka insaflah dan taubatlah dan serahkanlah jawatan itu kepada yang lebih berhak.Amin

1 comment:

Breezy.. said...

yea..umno-bn sudah nazak akibat tkena pukulan TKO rakyat marhaen... kg kat wad icu..nyawa2 ikan guna alat bantuan pernafasan... umno doh dokrok doooh...bo lah bodohwi wei..